Thursday, March 4, 2010

Kenali Transfer Factor


*Test results obtained from two independent NK cell studies conducted by Anatoli Vorobiev, Head of Immunology, at the Russian Academy of Medical Science. The blind studies tested 4Life Transfer Factor Advanced Formulas (Transfer Factor E-XF propprietary blend of both cow colustrum and egg yolk sources) and other immune system product.

* The above chart includes of a study by Jeunesse Inc., Institute of Longevity Medicine. This study examined the ability of nutrients to increase the effectiveness of the immune system's Natural Killer Cells. 196 of world's most pupular nutrients were tested. These nutrients were tested in blood in the presence of live cancer cells.


APAKAH DIA TRANSFER FACTOR?


BUKAN Vitamin, Galian, Herba, Enzim, Kolustrum atau dadah!


Transfer Factor adalah “molekul penghantar maklumat” atau “imun IQ”. Transfer Factor di ekstrak daripada kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur (ayam). 1 biji TF (200mg) berpontensi mengenali lebih daripada 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria dan sebagainya, serta sel-sel yang telah rosak. Kekuatan 1 biji pil TF sama seperti 75-100 biji pil kolustrum dalam fungsi pembinaan daya imun (peningkatan sel NK).


TF memiliki keupayaan unik untuk menghantar informasi penting kepada sel imun (sel darah putih) tubuh untuk berfungsi ke tahap optimum. Tambahan, molekul nanofraction bekerja bersama TF dengan daya intuisi (gerak hati) supaya sistem imun mengerti bila mahu bertindak, bagaimana mahu bertindak, dan bila mahu rehat. Ia mendidik dan meransang sel-sel imun untuk menentang segala bentuk pencerobohan dan memusnah sel-sel abnormal seperti kanser dan kuman. Selain itu, terdapat kombinasi TF bersama Cordycant Tm- satu resipi kandungan cendawan maitake, cendawan shitake, cordyceps dan beta glucan – untuk kuatkan sokongan sistem imun di dalam produk TF Plus (R) Tri-Factor Formula.


DARIPADA MANA DATANGNYA TRANSFER FACTOR?


Bagi manusia, Transfer Factor daripada sistem imun yang lebih berpengalaman milik si ibu dihantar kepada bayinya melalui kolustrum (susu pertama yang diterima oleh si anak sejurus sahaja selepas dilahirkan). Kolustrum dilengkapi dengan seangkatan komponen yang diberikan kepada anak yang baru lahir. Dengan berbuat demikian, sistem imun bayi yang baru lahir tersebut mempunyai kelebihan sistem yang lebih berpengalaman terhadap berjuta-juta penceroboh yang berpotensi. Di samping itu, pembimbing imun yang datang daripada kolustrum ibu melatih sel imun bayi, oleh itu ia boleh memulakan pertahanan di masa hadapan dengan sendirinya.


Melalui kolustrum alam semulajadi, alam semulajadi telah menyediakan cara yang menakjubkan yang dapat dimanfaatkan oleh sistem imun bayi, daripada sistem yang lebih lama yang telah pun melawan beribu-ribu jenis jangkitan. Hasilnya, bayi tersebut mendapat perlindungan dan pengukuhan untuk melawan jangkitan.


APAKAH PERBEZAAN ANTARA KOLUSTRUM DAN EKSTRAK TRANSFER FACTOR?


Kolustrum lembu secara semula jadinya mengandungi beberapa Transfer Factor rawak tetapi keseluruhan “campuran” faktor-faktor ini agak kurang bertenanga jika dibandingkan dengan pencilan pekat Transfer Factor. Dalam erti kata lain, kemampuan untuk mengasingkan Transfer Factor daripada kolustrum lembu menghasilkan produk yang unggul. Tambahan pula, mengambil kolustrum penuh daripada lembu mungkin menyebabkan reaksi alergi bagi mereka yang sensitiF terhadap susu lembu.


SIAPAKAH YANG MENEMUI TRANSFER FACTOR?


Imun (daya ketahanan badan manusia) mula ditemui dan dikaji oleh Dr. Edward Jenner pada tahun 1796. Beliau adalah pencipta vaccine untuk penyakit cacar. Dr. Jenner mendapati bahawa daya kekebalan atau ‘immunity’ boleh dipindah antara haiwan kepada manusia dan manusia kepada haiwan.


Pada tahun 1949, Dr. H. Sherwood telah membuat satu penemuan penting. Dalam proses mengkaji tuberculosis, suatu ancaman kesihatan yang utama pada ketika itu, beliau menemui gerak balas imun yang boleh dipindah daripada penderma kepada penerima melalui suntikan ekstrak leukosit (sel darah putih). Penyiasatan selanjutnya membawa penyelidik kepada kesimpulan bahawa ekstrak imun ini semestinya mengandungi ‘factor’ yang memungkinkan pemindahan keimunan penderma kepada penerima. Beliau menamakan molekul tersebut “Transfer Factor”.


Pada tahun 1989, dua orang penyelidik melengkapkan sesuatu yang kemudiannya menjadi proses berpaten untuk benar-benar mengekstrak Transfer Factor daripada kolustrum lembu, menghasilkan bentuk pekat. Rujukan paten tersebut ialah U.S. Patent 4, 816, 563. Dalam tahun 1999, keberkesanan dan keselamatan penambahan Transfer Factor disahkan oleh begitu banyak kajian klinikal di seluruh dunia. Ahli sains baru sahaja bermula memahami implikasi mendalam terapi Transfer Factor dalam menentukan kesihatan generasi kini dan juga datang.


Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock berjaya melengkapkan begitu banyak ujian untuk mendapatkan kelulusan USDA bagi teknologi Transfer Factor mereka. Teknologi unik dan berpaten inilah yang memungkinkan pemencilan atau pengasingan Transfer Factor daripada kolustrum lembu. Melalui teknik pengekstrakan ini, Transfer Factor tulen boleh dikumpulkan daripada susu pertama lembu, dikeringkan kemudian dijadikan kapsul untuk penggunaan manusia.


Selama 50 tahun setelah penemuan Transfer Factor, ramai para saintis dan doktor telah menjalankan kajian keatasnya. Lebih daripada 3, 500 laporan kajian saintifik telah diterbitkan dari lebih US$40 juta telah dibelanjakan atas kajian tersebut. Pada tahun 2002, proses pengekstraksi Transfer Factor daripada kolustrum lembu dan kuning telur ayam telah dipatent oleh 4Life Research.


ADAKAH TRANSFER FACTOR DISOKONG DATA SAINTIFIK?


Sehingga kini, sebanyak lebih 3,500 kajian dan kertas kerja telah diterbitkan tentang Transfer Factor. Ramai sekali ahli sains dan doktor peringkat antarabangsa yang dihormati telah memantapkan keberkesanan dan keselamatan Transfer Factor. Sejak 50 tahun kebelakangan ini, dianggarkan sebanyak $40 juta telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan data kajian dengan kukuhnya mencadangkan bahawa Transfer Factor menawarkan faedah imun yang luar biasa. Didokumentasikan dengan baik dan disahkan secara saintifik, Transfer Factor telah muncul sebagai alat yang amat penting bagi mengekalkan kesihatan di seluruh dunia.


Suatu symposium berkenaan Transfer Factor telah diadakan di Itali, penyelidik Transfer Factor Dr. D. Viza telah bercakap tentang potensi Transfer Factor dalam era di mana “korban beberapa penyakit seperti kanser terus meningkat dan patogenesis AIDS masih sukar ditemui”. Jika kita dapat menggalakkan tindakan sel pembunuh semula jadi (natural killer cells NK, sel imun yang mencari dan memusnahkan penceroboh asing), kita semakin mempertingkatkan kemampuan untuk melawan penyakit.


Dalam bulan Februari 1999, Journal of the American Nutraceutical Association telah menyiarkan 196 produk atau kombinasi semulajadi yang dipilih lebih daripada 400 produk yang telah dikaji. Empat puluh empat produk didapati jelas mempertingkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi. Yang paling kuat dikalangannya mampu meningkatkan tindakan sel pembunuh sebanyak 48.6 peratus. Transfer Factor daripada kolustrum diuji secara individu dan meningkatkan aktiviti sel pembunuh secara luar biasa sekali iaitu 103 peratus di atas nilai garis dasar. Jika itu masih belum cukup mengkagumkan, apabila Transfer Factor digabungkan dengan pelbagai sebatian semulajadi lain yang juga menyokong keimunan, ia meningkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi sebanyak 248 peratus di atas nilai garis dasar!.


Apakah yang dicadangkan oleh kajian-kajian tersebut? Secara mudah, angka-angka yang belum pernah terjadi ini menaikkan Transfer Factor ke puncak senarai nutraseutikal bagi penggalak imun.


ADAKAH TRANSFER FACTOR SELAMAT?


Penambahan Transfer Factor mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang. Tiada kesan sampingan buruk yang dikaitkan dengan Transfer Factor tambahan telah dilaporkan, walau diberi dalam dos yang tinggi secara oral atau dimasukkan ke dalam salur darah selama suatu tempoh yang lama. Transfer Factor tambahan selamat untuk semua orang daripada kanak-kanak sehinggalah yang sudah berumur. Diletakkan dalam ejen pembawa, bahan tambahan oral mudah diambil, tiada rasa dan mudah diterima oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sentiasa ingat bahawa sejak 1949, Transfer Factor telah dikaji dengan meluas. Persetujuan ramai ialah Transfer Factor yang diambil dalam bentuk tambahan boleh melegakan penderitaan dan ia melakukannya melalui cara yang amat selamat.


SIAPAKAH YANG BOLEH MENGAMBIL TRANSFER FACTOR?


Transfer Factor adalah selamat dan berkesan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak setiap peringkat umur.


Malahan Haiwan Peliharaan Juga Boleh Mendapat Faedah Daripada Transfer Factor


Seperti kita, haiwan peliharaan juga rentan terhadap penyakit. Menggunakan terapi Transfer Factor untuk haiwan peliharaan adalah cara yang amat baik untuk menngukuhkan keimunan dan kesihatan haiwan. Seperti yang telah disebutkan, Transfer Factor yang diekstrak daripada kolustrum susu lembu tidak khusus sepsis. Anjing, kucing, kuda dan lain-lain juga boleh mendapat manfaat daripada kod imun lembu sebagaimana juga manusia. Oleh sebab Transfer Factor begitu selamat, ia menawarkan kaedah yang mudah untuk melindungi haiwan peliharaan anda daripada ancaman mikrob yang memudaratkan. Transfer Factor tambahan memberi manfaat terutamanya bagi haiwan yang cedera, tua, atau seolah-olah mudah mendapat beberapa jenis penyakit berjangkit tertentu. Ia telah digunakan bagi anjing, kucing kuda dan mamalia lain.


SISTEM IMUN KITA DISERANG SETIAP HARI. BAGAIMANA?


-Racun Serangga Tanaman

- Pencemaran Udara/ Air/ Kolrin

- Asap Rokok/ Asap Kereta

-Kosmetik/ Produk Dandanan

- Spray Aerosol/ Alkohol/ Kimia

- Dadah/ Steroid/ Antibiotik.

- Radiasi/ X-Ray/ Microwave.

- Pil Perancang Keluarga.

- Perasa/ Pewarna/ Pengawit.

- Makanan Berproses.

- Habuk/ Hama/ Virus.

-Kuman/ Bakteria/ Parasit.

- Stress/ Tekanan


PENYAKIT-PENYAKIT YANG DISEBABKAN SISTEM IMUN YANG TIDAK SEIMBANG:


-Jangkitan virus

-Jangkitan parasit

-Barah malignan/ kanser

-Buah pinggang

-Jangkitan mikobakteria

-Ketumbuhan/ tumor

-Hypertension/ stroke

-Kanak-kanak autisma

-Sindrom Parkinson

-Sakit alsheimer (nyanyuk)

-SARS/ JE/ BIRD FLU

-Hepatitis A, B, & C

-Demam Denggi

-HIV/ AIDS

-Jangkitan kulat/ Fungus

-Sakit Auto-Imune

-Jangkitan Bakteria

-Sakit Saraf/ Neuro

-Asthma

-Migraine

-Diabetes/ Kencing Manis

-SLE/ Lupus

-Sinustis/ Resdung

-Ulcer/ Gastric

-Anaemia

-Tonsilitis

-Reaksi Alahan

-Arthritis/ Gout

-Multiple Sclerosis

-Tuberculosis (TB)

-Herpes Zoster

-Fibromyalgia

-Eczema

-Lyme Disease

-Diabetes Type 1

-Hearth disease/ Jantung

-Pneumonia

-Obesity

-Thyroid

-Leukimia

-Dan lain-lain lagi...


MAKLUMAT DI ATAS DIPEROLEH DARIPADA DARIPADA:


Rita Elkins, M.H. (T.T). Transfer Factor. Pengukuh imun semulajadi yang terkini. Woodland Publishing. Pleasant Grove, Utah.


Untuk Maklumat Lanjut Syarikat Pengeluar Produk,

Layari:


http://www.4life.com